Produk - Makanan Kesihatan - Apricot B17 Beverage
Kita tahu memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan secukupnya merupakan sebahagian daripada diet sihat. Pengambilan vitamin, mineral, asid amino dan nutrien-nutrien perlu lain secara seimbang adalah penting bagi menyokong fungsi normal badan serta membantu kita menentang pelbagai jenis penyakit.
Apricot B17 Beverage, sejenis minuman tambahan dengan kebaikan-kebaikan aprikot, biji flaks keemasan, nanas, rumput barli, karang laut, biji anggur, beri acai dan probiotik untuk menyokong diet harian anda secara semula jadi.
Apricot B17 Beverage, sejenis minuman tambahan dengan kebaikan-kebaikan aprikot, biji flaks keemasan, nanas, rumput barli, karang laut, biji anggur, beri acai dan probiotik untuk menyokong diet harian anda secara semula jadi.
Info Kesihatan Buah Aprikot
- Buah
- Sumber baik untuk vitamin A dan C. Kedua-dua vitamin ini merupakan antioksidan efektif yang bertindak menentang kerosakan sel dan tisu yang disebabkan oleh radikal bebas
- Kandungan serat yang tinggi bagi membantu meringankan masalah sembelit
- Mengandungi kalium yang memain peranan dalam mengurangkan risiko hipertensi dan strok
- Kaya dengan fitokimia terutamanya karotenoid, sejenis antioksidan hebat yang bantu meneutralkan radikal bebas serta merendahkan risiko penyakit jantung dengan mencegah kolesterol tak baik daripada pengoksidaan
- Biji
- Mengandungi asid lemak perlu seperti lemak monotaktepu, lemak politaktepu, asid lemak omega-3 dan omega-6 yang boleh bantu merendahkan kolesterol tak baik dan melindungi kesihatan jantung
- Vitamin E mendorong sistem imun yang lebih kuat, juga berpotensi dalam mencegah penyakit kardiovaskular serta penyakit-penyakit degeneratif lain
- Fitosterol boleh menghalang penyerapan kolesterol serta menyingkir kolesterol dalam usus
- Asid amino menyumbang kepada pembinaan sel berterusan, regenerasi sel dan penghasilan tenaga
Pengambilan Apricot B17 Beverage secara kerap boleh membantu anda mencapai kesejahteraan dengan manfaat-manfaat potensi seperti:-
- memperbaik selera, pencernaan makanan serta kesihatan usus
- menyuburkan sel-sel sihat, membina imuniti yang lebih kuat terhadap jangkitan
- mempertingkatkan kesihatan umum
- mendorong paras kolesterol yang sihat
- menyokong program diet dan pelangsingan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar