Kamis, 21 Juli 2016

Produk - Produk Kecantikan - K-BeauCareline® Bird's Nest Series


Produk - Produk Kecantikan - K-BeauCareline® Bird's Nest Series

Sejak dulu hingga kini, sarang burung dikenali sebagai bahan penjagaan kulit wajah yang amat berharga kerana nutrient-nutrien perlu dalam sarang burung memiliki nisbah yang terbaik bagi memenuhi keperluan nutrisi sel kulit manusia. Protein larut dalam air dan EGF sarang burung menggalakkan pembahagian sel, pertumbuhan semula dan pembinaan semula tisu, ia mempercepatkan proses pemulihan kulit yang rosak serta mengaktifkan sel-sel kulit yang mula mengalami penuaan agar kulit menjadi lebih licin dan anjal.

Deep Purifying Cleansing Gel - 130ml (BC 028)

Menyingkir kekotoran & menyegarkan kulit

Pembersih lembut ini membersih serta menanggalkan solekan di samping menenangkan dan menghidratkan kulit secara efektif agar kulit wajah terasa segar dan lembut. Penambahan ramuan ekstrak sarang burung boleh meningkatkan tenaga dan memperbaik kulit dengan berkesan.

Clarifying Toning Lotion - 130ml (BC 029)

Menggiatkan semula & menenangkan kulit 

Diperkaya dengan aneka ekstrak tumbuhan, unsur mineral dan mikronutrien bagi meningkatkan kelembapan dan mengaktifkan sel kulit agar kulit terasa segar. Penambahan ramuan sarang burung yang amat bernilai dalam penjagaan kulit boleh memberikan nutrisi bagi mencerahkan tona kulit agar wajah kelihatan lebih berseri.

Ultra-Essence Moisturizing Gel - 50ml (BC 030)

Penghidratan, vitaliti & keanjalan untuk kulit

Pelembap ringan, bebas minyak yang dirumuskan dengan Sodium Hyaluronate ini boleh meresap ke dalam kulit dengan pantas untuk mengembalikan kelembapan. Ia mengandungi ramuan aktif marin dan ekstrak sarang burung bagi membekalkan penghidratan intensif, mengurangkan penampilan garisan halus serta bantu memperbaik kulit kering dan kusam. Ia juga memiliki manfaat antioksidan dan anti-penuaan agar kulit terasa segar, anjal dan lembap.

Revitalizing Anti-aging Serum - 50ml (BC 031)

Meningkatkan reproduksi sel kulit, memulih & menyihatkan

Dirumuskan dengan Ekstrak Corallina Officinalis yang boleh memulih dan mengekalkan kelembapan bagi menyerlahkan kulit yang kelihatan lembap berseri, manakala Ekstrak Sarang Burung Swiftlet menyuburkan dan mengembalikan kemudaan kulit dengan bantu membina dan menjana semula tisu-tisu kulit.

Multi UV Protection Sunscreen SPF 50 - 50ml (BC032)

Melembapkan, melembutkan & melindungi kulit daripada sinaran UV 

Pelindung UV serbaguna ini mengandungi ramuan berkhasiat untuk menghidratkan dan menutup pori-pori dan garis halus, sementara menawarkan perlindungan berkesan terhadap sinaran UVA dan UVB bagi bantu menghalang pembentukan melanin. Ekstrak sarang burung memberi tenaga kepada kulit agar kelihatan gebu dan licin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar